17:31:09 - 09.09.2010

Who's Online

Kami ada 1 tamu online

Login Form



mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
Online (20 minutes ago): 12
Your IP: 38.107.191.91
,
Now: 09-09-2010 17:31
Home Blog
Blog
Memahami Risiko Pelaburan
There are no translations available.

Apakah risiko yang dihadapi oleh pelabur seperti anda?

Salah satu bentuk risiko dinamakan 'risiko asas' yang meliputi semua jenis pelaburan. Risiko jenis ini wujud dalam mana-mana perniagaan dan dipengaruhi oleh tahap kecekapan pengurusan syarikat dan kedudukan syarikat dalam arus persaingan pasaran.

Cara terbaik untuk meminimumkan kesan risiko ini ke atas portfolio anda ialah dengan mempelbagaikan pelaburan; iaitu melabur dalam lain-lain syarikat, dalam industri yang berbeza-beza, dan dalam lingkungan kelas aset yang sama.

Yang kedua ialah risiko pasaran, juga dikenali sebagai risiko teknikal. Risiko ini pula berkaitan dengan bagaimana keadaan pasaran di mana anda mempunyai pelaburan. Ini membabitkan faktor-faktor ekonomi seperti kitaran perniagaan, inflasi dan pengangguran. Umpamanya, dalam sesuatu tempoh tertentu ekonomi, pasaran hartanah mungkin mempunyai prestasi lebih baik berbanding pasaran saham. Untuk menguruskan risiko pasaran, bijak jika mempunyai portfolio yang seimbang - iaitu mempelbagaikan pelaburan di kalangan sesuatu kumpulan aset dan mengawasi keadaan ekonomi negara untuk mengenal pasti syarikat mana yang berpotensi untuk berjaya dan yang mana pula yang mungkin merudum.

Risiko kadar faedah juga risiko yang perlu dihadapi. Biasanya ramai mengandaikan bahawa risiko kadar faedah hanya mempengaruhi pasaran bon. Ini tidak benar kerana kadar faedah juga turut memberi kesan kepada pasaran saham. Memang benar nilai saham dipengaruhi oleh lain-lainfaktor langsung. Yang perlu diingatkesan gerakankadar faedah mempunyai kesan terbalik bukan macam bon.

Risiko inflasi pula ialah risiko pelaburan anda dilangkau oleh inflasi yang bergerak pantas dan menghakis nilai pelaburan tersebut. Ini ialah risiko kuasa belian. Jadi, anda harus mencari saham, hartanah dan pelaburan yang akan mengatasi kadar inflasi dalam jangka masa tertentu. Jangan lupa juga untuk memasukkan faktor inflasi ketika mengira andaian pulangan daripada pelaburan anda. Ini cara yang betul untuk mendapatkan gambaran sebenar keuntungan yang diperoleh.

Akhirnya, risiko kecairan. Ini merupakan jawapan kepada soalan, berapa cepat saya boleh menukar aset pelaburan kepada nilai penuh wang tunai? Simpanan di bank adalah antara risiko kecairan paling rendah manakala pelaburan hartanah pula mempunyai risiko kecairan paling tinggi. Saham dan unit amanah juga mempunyai kecairan yang baik kerana, selepas menjualnya, anda hanya perlu menunggu beberapa hari (bekerja) sahaja untuk mendapat wang anda.

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 06 September 2010 13:50 )
 
Pengurusan Kewangan
There are no translations available.

Pengurusan Kewangan bukan sahaja meliputi segmen individu malah ia juga perlu digunapakai oleh perusahaan perniagaan. Bagaimana untuk melakukannya?

Sebenarnya pengurusan kekayaan adalah kaedah yang digunakan untuk mengurus dana sedia ada dan lebihan dana bagi mencapai matlamat kewangan yang ingin dicapai. Contoh yang boleh digunakan ialah modal syarikat dilaburkan di dalam sesuatu ke dalam satu instrumen pelaburan untuk mendapat keuntungan dan di masa yang sama risiko yang terlibat adalah terkawal dan minima. Kekayaan boleh didefinisikan sebagai lebihan atau aset bersih individu/syarikat sesudah ditolak libiliti dan hutang

Program Pengurusan Kewangan yang dicadangkan.Kebanyakan syarikat menguruskan kekayaan mereka melalui instrumen insuran/takaful dan pelaburan. Rancangan pengurusan kekayaan yang komprehensif sepatutnya merangkumi kaedah untuk mengekal, mengembang dan mengagihkan aset meliputi program berikut:
  • Perancangan hutang/aliran tunai untuk memastikan penggunaan kredit yang efisyen untuk perniagaan
  • Perancangan dan pengurusan pelaburan untuk mengembangkan modal dan mendapat pulangan yang berpatutan
  • Perancangan insuran/takaful bagi perlindungan perniagaan(contoh: kebakaran, kecurian, dan perlindungan pekerja utama/keyman) dan perlindungan hayat peribadi (kematian, kurang upaya, penyakit kritikal, kad perubatan dan lain-lain)
  • Perancangan cukai untuk mengurangkan aliran tunai keluar yang berlebihan dan aliran tunai yang efisyen.
  • Perancangan persaraan dan kebajikan pekerja untuk mengekalkan pekerja-pekerja utama di dalam syarikat
  • Perancangan penggantian modal dan memastikan syarikat beroperasi apabila pemilik perniagaan meninggalkan syarikat.
  • Perancangan harta untuk memastikan pemindahan kekayaan kepada pengganti atau benefisiari.

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 16 Ogos 2010 15:27 )
 
Kuiz Perancangan Kewangan
There are no translations available.

1. Apabila membeli unit amanah, maknanya

·         Saya adalah pemegang saham semua syarikat berkenaan & boleh menhadiri mesyuarat agung mereka

·         Ada jaminan bayaran dividen untuk saya setiap tahun

·         Risiko kecil kerana pelaburan dana itu dipelbagaikan

·         Saya meletakkan wang saya bersama-sama wang org lain dlm satu dana terkumpul yg diuruskan oleh pengurus.

2. Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai unit amanah sebelum membelinya, saya mesti

·         Mendengar taklimat daripada ejen-ejen unit amanah

·         Mendapatkan syor daripada kawan-kawan

·         Membaca prospectus dengan teliti

·         Membaca akhbar atau melayari internet

Sila emailkan jawapan anda ke email Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 04 Ogos 2010 10:39 )
 
Kuiz Perancangan Kewangan
There are no translations available.

1. Apabila membeli unit amanah, maknanya

·         Saya adalah pemegang saham semua syarikat berkenaan & boleh menhadiri mesyuarat agung mereka

·         Ada jaminan bayaran dividen untuk saya setiap tahun

·         Risiko kecil kerana pelaburan dana itu dipelbagaikan

·         Saya meletakkan wang saya bersama-sama wang org lain dlm satu dana terkumpul yg diuruskan oleh pengurus.

2.Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai unit amanah sebelum membelinya, saya mesti

·         Mendengar taklimat daripada ejen-ejen unit amanah

·         Mendapatkan syor daripada kawan-kawan

·         Membaca prospectus dengan teliti

·         Membaca akhbar atau melayari internet

 
Kuiz Perancangan Kewangan
There are no translations available.

1. Fahrin berjaya menyimpan sejumlah wang dan kini menghadapi beberapa pilihan seperti berikut. Yang mana pilihan terbaik baginya? 
  •           menyimpan wang itu dalam akaun deposit tetap
  •           melabur dalam dana unit amanah
  •           membeli saham dalam pasaran saham
  •           bayar baki kad kredit yg mengenakan faedah 18% setahun
2. Katakan kadar inflasi tahunan adalah sebanyak 3%, berapa tahunkah masa diambil untuk mengurangkan kuasa belian RM1,000 sebanyak 50%?
  •          10 tahun
  •          24 tahun
  •          30 tahun
  •          36 tahun

hantarkan jawapan anda ke email Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 28 Julai 2010 12:14 )
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 Seterusnya > Tamat >>

Muka 1 daripada 4