02:24:40 - 31.07.2010

Who's Online

Kami ada 1 tamu online

Login Form



mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
Online (20 minutes ago): 10
Your IP: 38.107.191.92
,
Now: 31-07-2010 02:24
Home
Kuiz Perancangan Kewangan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Smartplanner   
Rabu, 28 Julai 2010 12:06
There are no translations available.

1. Fahrin berjaya menyimpan sejumlah wang dan kini menghadapi beberapa pilihan seperti berikut. Yang mana pilihan terbaik baginya? 
  •           menyimpan wang itu dalam akaun deposit tetap
  •           melabur dalam dana unit amanah
  •           membeli saham dalam pasaran saham
  •           bayar baki kad kredit yg mengenakan faedah 18% setahun
2. Katakan kadar inflasi tahunan adalah sebanyak 3%, berapa tahunkah masa diambil untuk mengurangkan kuasa belian RM1,000 sebanyak 50%?
  •          10 tahun
  •          24 tahun
  •          30 tahun
  •          36 tahun

hantarkan jawapan anda ke email Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 28 Julai 2010 12:14 )
 
Uji Minda Anda! PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Smart Planner   
Isnin, 26 Julai 2010 11:02
There are no translations available.

Kuiz Perancangan Kewangan

1. Fasha berhajat memiliki RM150,000 dalam masa 20 tahun.  Lebih cepat dia memulakan simpanan, semakin sedikit yang perlu disimpannya kerana,
a) pasaran saham akan naik
b) kadar faedah akan naik
c) faedah atas simpanannya akan memulakan pengkompaunan
d) wangnya akan mempunyai nilai yang lebih dalam masa 20 tahun

2. Jika anda membeli saham sesebuah syarikat,
a) anda memiliki sebahagian daripada syarikat itu
b) anda telah meminjam wang kepada syarikat tersebut
c) anda bertanggungjawab terhadap hutang syarikat tersebut
d) syarikat tersebut akan memulangkan semula pelaburan pokok anda bersama faedah

hantarkan jawapan anda ke email Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 28 Julai 2010 11:54 )
 
Kursus Perancangan dan Pengurusan Kewangan Peribadi PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nor Azmi Omar   
Isnin, 31 Mei 2010 14:47
There are no translations available.

Kursus Perancangan dan Pengurusan Kewangan Peribadi

Daftar segera untuk kursus Perancangan dan Pengurusan Kewangan Peribadi yang akan diadakan oleh syarikat Smart Planner Biz Svc. Pelbagai panduan akan diberikan dari segi penyelesaian hutang, perancangan dan pelaksanaan pengurusan kewangan yang efektif untuk anda. 

Anda akan didedahkan dengan perancangan dan pengurusan kewangan peribadi secara komprehensif. Penceramah merupakan Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) dan telah menjalankan kursus kewangan dipelbagai organisasi dan jabatan kerajaan di seluruh Malaysia. 

Tarikh: 26 Jun 2010
Masa: 9.30 pagi - 12.30 tghari.
Yuran Kursus: RM100 seorang. (Pendaftaran sebelum 13 Jun 2010, yuran RM70 sahaja)
Tempat: Bilik latihan, Smart Planner Biz Svc, No 4-2, Jalan 7/1G-1, Seksyen 7, Bdr Baru Bangi 43650 Selangor.
Sila buat bayaran ke akaun CIMB (No Akaun: 1258 0000 2211 01 Pemilik Akaun: Smart Planner Biz Svc)
Emelkan ke Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya selepas membuat pembayaran yuran kursus.
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 28 Julai 2010 11:41 )
 
Perancangan Kewangan & Anda PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Smart Planner   
Rabu, 14 Julai 2010 11:18
There are no translations available.

Perancangan kewangan merupakan satu aspek yang amat penting dalam kehidupan setiap individu. Sesiapa sahaja perlu mempunyai perancangan kewangan sama ada seseorang itu berpendapatan rendah ataupun seseorang yang kaya raya.

Wang yang kita perolehi setiap bulan dari gaji atau pun yang diperolehi dari pendapatan harian mungkin lesap begitu sahaja jika kita tidak merekodkan kemana dan untuk apa ia digunakan. Tidak semestinya seseorang yang bergaji RM5000 sebulan lebih baik keadaan kewangannya berbanding seseorang yang bergaji RM500 sebulan. Pokok pangkalnya berapa besar komitmen dan hutang seseorang itu pada setiap bulan seperti kata pepatah Melayu lama ‘besar periuk besarlah keraknya’.

Sejauh mana pula seseorang itu bersedia menghadapi musibah? Kematian, kemalangan, penyakit kritikal seperti barah, lumpuh dan sebagainya. Sudah bersediakah dengan tuntutan bayaran bil hospital yang mungkin mencecah puluhan ribu ringgit? Bagaimana dengan balu dan anak-anak yang ditinggalkan setelah ketiadaan kita? Jika tiada persediaan awal, anda dan waris anda merupakan mangsa akibat tiada perancangan awal untuk mendapatkan perlindungan takaful.

Tahukah anda bagaimana hendak menjana pendapatan anda? Tidak kira sedikit atau banyak peruntukan kewangan anda kerana dengan perancangan kewangan yang baik dan berkesan hasilnya pada masa akan datang pasti memuaskan. Kita perlu merancang dana persaraan, dana pendidikan anak dan pelbagai lagi keperluan yang mendatang. Ini tidak mungkin berlaku jika tiada pelan pelaburan yang komprehensif dari pihak anda.
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 27 Julai 2010 23:47 )
 
Kerjaya Sebagai Konsultan Kewangan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nor Azmi Omar   
Isnin, 19 April 2010 16:06
There are no translations available.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui bagaimana untuk menjadi konsultan kewangan yang berjaya, sila datang temuduga di syarikat Smart Planner Biz Svc.

Anda akan diberikan penerangan bagaimana untuk menjadi perunding yang serba lengkap dengan ilmu kewangan dan bagaimana menjana pendapatan yang meningkat secara konsisten.

Bermula dengan pendapatan RM400 sebulan Insya Allah akan menjadi RM5000 pada bulan ke 4 dan meningkat lagi pada bulan-bulan seterusnya.

Namun yang lebih penting... anda pastikan pelanggan juga mendapat keuntungan atau manfaat dari pelaksanaan perancangan kewangan yang anda cadangkan.

Insya Allah perniagaan anda akan berkembang maju.... dapatkan lebih banyak panduan dan rahsia perniagaan dari Perancang Kewangan Bertauliah.

Lepasan Ijazah, diploma atau SPM adalah layak dan digalakkan memohon segera.

Terbuka juga kepada agen takaful, insuran, unit amanah, agen MLM dan lain-lain.

Sila daftar nama secepat mungkin melalui emel Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya   atau telefon ke pejabat 03-89268850 (Cik Nadia).

Temuduga : Kerjaya sebagai Konsultan Kewangan
Tarikh dan masa : Mengikut temujanji
Tempat: Smart Planner Biz Services, No. 4-2 (Tingkat 2) Jalan 7/1G-1, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 19 April 2010 16:08 )
 
<< Mula < Sblm 1 2 Seterusnya > Tamat >>

Muka 1 daripada 2