06:48:17 - 06.09.2010

Who's Online

Kami ada 3 tetamu online

Login Form



mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
Online (20 minutes ago): 10
Your IP: 38.107.191.94
,
Now: 06-09-2010 06:48
Home Perkhidmatan Testimonials
Smart Planner Customers' Testimonials
There are no translations available.


testimonials

En Rashid dan isteri

Saya dan isteri mempunyai 3 orang anak dan tinggal di rumah teres 2 tingkat di Bdr Baru Bangi. Kami menghadapi masalah kewangan yang kritikal akibat perbelanjaan yang boros dan hutang keliling pinggang. Pinjaman kredit kad telah mencapai RM20,000. Pinjaman peribadi dengan 3 bank sebanyak RM170000. Tiap bulan asyik membayar hutang sahaja tanpa dapat menyimpan. Hutang rumah, hutang kereta, hutang krdit kad, hutang pinjaman peribadi ..... tak mungkin dapat menyimpan apalagi melabur. Pendapatan kami agak tinggi juga tapi disebabkan komitmen yang tinggi tak ada apa yang tinggal lagi malah negatif sentiasa.

Alhamdulillah dengan bantuan dan perundingan dengan En Azmi, kami telah dapat menyusun semula hutang yang sedia ada dan dapat melangsaikan hutang kredit kad kami. Kini setiap bulan kami dapat menyimpan/melabur RM1000 sebulan dan perancangan kewangan kami lebih baik dari dulu. Setiap perbelanjaan dapat dipantau setiap bulan kerana kini kami mencatat perbelanjaaan harian dan kami buat bajet tiap bulan. Kami juga mempunyai polisi takaful yang dapat membantu kami ketika musibah menimpa.

Semoga matlamat kami untuk mempunyai jumlah simpanan/pelaburan sebanyak RM200,000 dalam 5 tahun lagi akan tercapai. Insya Allah. 

En Muhammad dan isteri

Saya berumur 62 tahun dan isteri berumur 50 tahun. Kami tinggal di Serdang dan mempunyai beberapa harta - rumah ada 3 tanah ada 2 lot. Nilainya dalam RM2 juta. Kami juga menyimpan dalam ASB dan bank bernilai lebih kurang RM500 ribu. Kami kini menikmati kehidupan sebagai pesara dan mendapat pencen setiap bulan.

Dari segi kewangan kami memang tidak punya apa-apa masalah, insya Allah. Namun apakan daya tiada rezeki kami tidak mempunyai anak sendiri. Kami mempunyai seorang anak angkat berumur 15 tahun... Yang menjadi kerisauan kami adalah bagaimana untuk menjamin harta-harta kami akan dapat terus disalurkan kepada anak angkat kami. Beliau masih kecil dan dari segi faraid tiada haknya dalam mewarisi harta kami.

Dengan nasihat dan perundingan En Azmi, syukur kami dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu fikiran kami. Kini kami mempunyai perancangan harta yang lengkap dan tak perlu bimbang lagi dengan masalah pembahagian harta sekiranya kami sudah tiada di muka bumi Allah nanti. Insya Allah. 
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 18 Mei 2009 17:36 )